Sunday, 22 March 2015

ATASI BADAN BERANGIN DENGAN PEPPERMINT-GINGER PLUS

PEPERMINT-GINGER PLUS merupakan kombinasi 4 herba dari barat dan timur, dihasilkan dibawah prosedur standard melalui penggunaan teknologi sains yang terkini. Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.


Manfaat Utama :

Daun Pudina : 

1) Melegakan otot perut, mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu megekakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.

2) Melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi.

3) Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu menyekat demam apabila apabila seseorang dijangkiti selesema.



Halia :

1) Merangsang rembesan enzim salvia untuk pemcernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid,loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).

2) Rumusan halia berkesan merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan.



Pokok Adas (Fennal) : 

1) Menghilangkan kembung perut.

2) melegakan sakit perut,melegakan gejala flu.

3) Membantu dalam masalah elergi pada saluran usus.



Cekur Manis (Anise) :

1) Melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.

2) Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa.

3) Melegakan haba di musim panas yang lembap,memberi peredaran tenaga dalam badan dan lembut pada perut.



SEMUANYA ADA DALAM SATU BOTOL

AFZANI
014-8055827

Keep smiling and be positive :-)

Saturday, 21 March 2015

STROK HABA - PEMBUNUH SENYAP

Cuaca panas sekarang menyebabkan tahap kesihatan semakin menurun. Bahayanya cuaca panas boleh menyebabkan strok haba dan berkemungkinan besar berlaku kematian.

Dengan cuaca panas sekarang, cik za sendiri pun selalu dapat migrain dan cepat letih terutama waktu tengahari. Bila teringatkan strok haba, tiba-tiba rasa takut..yelah mahu boleh pengsan. So ada beberapa tips yang cik za amal untuk dikongsikan..




Tanda awal strok haba:

  1. Sakit kepala berdenyut
  2. Mual
  3. Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  4. Denyutan nadi yang pantas
  5. Otot lemah dan kejang
  6. Muntah/rasa hendak muntah
  7. Kulit kering dan kemerahan
  8. Sawan
  9. Pitam
  10. Tangan dan kaki menjadi sejuk


Langkah berhadapan dengan cuaca panas:

1) Minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.





2) Elakkan aktivti yang terdedah dengan direct matahari



3) Guna payung atau topi ketika keluar rumah



4) Minum minuman elak hidrasi seperti Perfomance Drink


AFZANI
014-8055827

Keep smiling and be positive :-)

VANILLA MEAL SHAKES BUKAN SEKADAR SEDAP

Meal Shakes menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hinggake orang dewasa.


TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG PEWARNA DAN GULA TIRUAN


SESUAI UNTUK SIAPA??

1) BAYI ( 1 TAHUN KEATAS )

2) PELAJAR

3) KANAK-KANAK MEMBESAR

4) IBU MENGANDUNG

5) PARA ATLET

6) PENGAMAL SAYURAN (VEGETERIAN)

7) ORANG SIBUK BEKERJA

8) ORANG YANG SELALU MAKAN MAKANAN SEGERA



SANGAT SESUAI UNTUK ANAK-ANAK YANG MEMILIH MAKANAN

Friday, 20 March 2015

KEPERLUAN ASID FOLIK UNTUK IBU MENGANDUNG

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 



PERBEZAAN SHAKLEE

1) Para saintis Shaklee mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran adalah bersifat sintetik

2) Mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. 


3) Vitamin B larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan dalam badan dan akan dibuang melalui sistem pencernaan.



FUNGSI HEBAT VITA-LEA

Vita-Lea Shaklee ialah multi vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Manfaat utama:

1) Penambah tenaga segera --> pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori

2) Pelengkap Nutrisi --> disebabkan pemakanan yang tidak seimbang terutama pengamal makanan sayur (vegeterian).

3) Keupayaan sistem produktif 

4) Metabolism --> membantu dalam stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan.

5) Melindungi organ --> melindungi fungsi buah pinggan, jantung dan hati.

ALFALFA SI PEMIKAT

Aset wanita sangat berharga.Sebolehnya hendak jaga sebaik mungkin tambah-tambah wanita yang dah berkahwen, lagi la nak kena jaga betul-betul. Tidak mustahil dengan amalkan makan Alfalfa Complex atau cik za panggil jamu moden ohsem. Ianya diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas dari peptisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos. 

Ia juga dikenali sebagai raja tumbuhan dan memerlukan masa 2 tahun untuk membesar. Akarnya boleh mencecah sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi dan daun Alfalfa hanya akan dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak.




Manfaat Alfalfa sehingga dikatakan pemikat.

1) Mencucui darah, hati dan usus kerana ianya beralkali yang mengembalikan badan berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan kolon darah, mencantikkan kulit dan otot.

2) Melawan alahan dengan berkesan

3) Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti ulser, gastrik, hepatitis dan sembelit.

4) Hapus dan serap lemak, kurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok, darah dan darah tinggi.

5) Melegakan sakit atritis

6) Jaga aset wanita - rawat keputihan, rawat senggugut, mengetatkan vagina dan tegangkan payudara

Wednesday, 18 March 2015

KUASA KOLAGEN MENGEKALKAN KEREMAJAAN

Semakin kita tua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus disamping kulit yang makin kendur. Bahkan bukan sahaja kulit kita memerlukan kolagen tetapi tubuh terutamanya sendi kita sangat memerlukan kolagen untuk menyokong fleksibiliti dan keupayaan sendi.


Keistimewaan Collagen Powder Shaklee

Lain daripada yang lain. Kerana Kolagen Shaklee mengandungi 4,000 mg kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 dalton (berat molekular kolagen yang disukat dalam dalton) menjadikan ia amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Ia juga digabung dengan beberapa ramuan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS.





Fungsi: 

Tampak lebih muda

*Membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
*Kuku akan jadi lebih kuat, bintik putih, akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
*Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
*Membantu menghilangkan tanda penuaan.

Rasa lebih muda

*Kolagen adalah sama penting untuktulang seperti juga tulang perlukan kalsium. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
*Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi.
*Baik untuk mata. Kornea mata memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tentap anjal.






Tuesday, 17 March 2015

HASILKAN PERFUME SENDIRI DENGAN SOFT FABRIC CONCENTRADE

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk kesihatan untuk pemakanan, tetapi juga produk untuk kegunaan rumah. Salah satunya adalah Soft Fabric Concentrade. Bau yang sangat bersih dan lembut membuatkan ianya eksklusif.


Selalunya ia digunakan untuk merendam pakaian tapi kali ni seorang kawan cik za ni telah berkongsi bagaimana cara untuk hasilkan perfume daripada Soft Fabric Concentrade supaya kekal lebih lama.





CANCEL KE HOSPITAL SEBAB HERB-LAX

14 hari tanpa membuang air besar, sehingga perut menjadi sakit dan buncit. Ini kisah dari ayah seorang customer yang tidak 'eyak' selama 14 hari walau dicuba bermacam cara. Tak tahan melihat derita yang ditanggung ayah, last cara sebelum ke hospital adalah telah Herb-Lax 3 biji pada malam tersebut sebelum dibawa ke hospital keesokkan pagi. Alhamdulillah paginya, ayahnya telah berjaya membuang tanpa sebarang masalah dan perut tidak lagi menggeras. Tercancel la untuk ke hospital. Macam ajaib je kata customer..Allah punya kuasa..kun fayakun..

Persoalannya, bagaimana Herb-Lax ini berfungsi?? 
~Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Mengandungi 9 herba semulajadi. Sifatnya menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.



ehsan dari ai-inspire.blogspot.com




Fungsi 9 herba dalam Herb-Lax:
  1. Senna Leaves - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  2. Buckhorn Bark - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
  3. Licorice Root - Membantu proses detoksifikasi.
  4. Fennel Seeds - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.
  5. Anise Seeds - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
  6. Rhubarb Root - herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik.
  7. Blue Malva Flower - membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
  8. Culver's Root - membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
  9. Alfalfa Leaves - membersihkan darah, usus dan hati.

Saturday, 14 March 2015

'ROADBLOCK' JERAWAT DENGAN VITAMIN E

Masalah jerawat serius dialami oleh wanita juga lelaki. Jerawat pasir, jerawat batu, jerawat bernanah semestinya menimbulkan perasaan kurang selesa. Fungsi utama Vitamin E bukan sahaja untuk masalah kulit tapi juga untuk jantung, pertingkatkan kemampuan reproduktif terutamanya lelaki, antioksidan dan sesuai untuk pudarkan parut.

Perkara ni cik za sendiri alami sehingga diri ini berkenalan dengan Vitamin E Shaklee untuk pertama kali. Makin jatuh cinta saat bermasker bila kulit makin cerah, parut pudar, kedutan di mata berkurangan dan jerawat mengecil..hati mana tak bahagia kan..hihi..Tahan pulak 4 bulan, memang sangat jimat..






Ianya vitamin E paling lengkap di pasaran. Teliti pada perbezaan Vitamin E Shaklee ni:
  • Diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum dan yang terbaru diektrak dengan biji anggur, yang kaya dengan Vitamin E.
  • Dieksrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta).
  • Mengandungi 10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin e, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot.
  • Ianya juga penyahtoksik semulajadi dalam pemakanan yang mengandungi logam berat seperti raksa, kadmium.
  • Mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

TAK MUNGKIN AKU JATUH CINTA DENGAN ESP

Dulu lain sekarang lain. Ya, dengan kesan hebat dari ESP menyebabkan bekas jerawat makin hilang, gastrik pulih dan beberapa masalah lain berjaya diselesaikan. Kalau dulu muka asyik bermasalah dengan jerawat tumbuh macam cendawan lepas hujan dan meninggalkan bekas seperti ‘kawah bulan’. Arghhh,,sangat tidak suka..huhu




Membaik pulih kulit



Mengelakkan gastrik



Beri tenaga kepada ibu hamil dan mencantikkan kulit bayi

Thursday, 12 March 2015

PULIH ASMA KRONIK BUKAN LAGI ANGAN-ANGAN MAT JENIN

Assalamualaikum..hai

Syukur kita masih diberi nikmat bernafas dengan sempurna dan baik..Teringat dulu masa belajar di kampus, cik za ada kawan yang mengidap asma kronik sehingga cara dia bernafas bunyi sekat-sekat. Kesian sangat dan aktiviti pun agak terbatas sebab banyak bergantung dengan inhaler.

Dulu tak tahu ada suplemen Shaklee, kalo tak dah lama cik za cadang. Sama juga dengan kes abang ni. Ok, kita santap video jap.

Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi from iReach HD on Vimeo.

Antara produk Shaklee yang digunakan oleh abang tu setelah dipaksa sembuh oleh isteri beliau ialah:

1) Vivix - Mengimpak 4 mekanisme utama penuaan sellular iaitu:

  • Melindungi dan memperbaiki sellular DNA
  • Menolong melambatkan penuaan tahap sellular
  • Menggalakkan biogenesis(pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel
  • Melambatkan pembentukan protin AGE

2) Omega Guard - Anti stress dan merangsang sistem imunisasi.


3) Garlic - Menghalang alergi dan antibiotik yang selamat dan semulajadi



Wednesday, 11 March 2015

Rahsia Awet Muda

Siapa yang tak nak awet muda, kekal remaja dan sentiasa sihat. Selain daripada mengamalkan cara tradisional dan makanan sunnah, tak ketinggalan juga yang mengamalkan pemakanan tambahan. 

Salah satu produk awet muda hot seller  kini ialah VIVIX si tonik ajaib. Ia merupakan penemuan revolusional dalam anti-penuaan pada tahap sellular dan sudah lebih 1 juta botol VIVIX telah dijual. Haa bukan cikai-cikai punya produk.


Rahsia awet muda dengan VIVIX adalah terdapat dalam kandungannya iaitu:

1) Anggur Muscadine
2) Akar Polygonum Cuspidatum
3) Purple Carrot
4) European Elderberry
Fungsi VIVIX dalam memelihara kesihatan seterusnya menghasilkan seri awet muda:

  • Melindungi dan pembaikan selular DNA
  • Perlindungan antioksidan
  • Melambatkan pembentukan protein AGE
  • Menyokong kesihatan kardiovaskular
  • Menyokong kesihatan jantung
  • Menyokong kesihatan sendi
  • Menyokong kesihatan otak
  • Impak positif pengawal selia genetik

 
Cara makan yang sangat mudah iaitu satu sudu kecil setiap pagi sebelum makan..mudah dan berkesan..mana lagi nak cari..hihi

Tuesday, 10 March 2015

Pengedar Cekap Shaklee di Tanah Merah

Kepada warga Kelantan terutamanya yang berada di Tanah Merah, sekiranya ingin dapatkan produk Shaklee dan khidmat konsultasi, anda boleh hubungi saya AFZANI pengedar sah anda di talian 014-8055827. Saya adalah pengedar Shaklee paling cekap di Tanah Merah.





Sedia membantu anda dengan jayanya.